fbpx

Lelaki Arab Saudi boleh berseluar pendek di tempat awam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemakaian seluar pendek di lokasi-lokasi awam tidak lagi dianggap sebagai melanggar undang-undang kesopanan awam. – Saudi Gazette

RIYADH – Kerajaan Arab Saudi meluluskan undang-undang yang membenarkan lelaki berseluar pendek di tempat awam, lapor akhbar Saudi Gazette, kelmarin.

Individu di Arab Saudi yang memakai seluar pendek di lokasi-lokasi awam tidak lagi dianggap sebagai melanggar undang-undang kesopanan awam, kecuali di masjid dan pejabat kerajaan.

Pindaan terbaharu terhadap jadual pelanggaran kesopanan awam itu dibuat selepas Menteri Dalam Negeri, Putera Abdulaziz Bin Saud mengeluarkan keputusan kementerian yang menyeru pelaksanaan pindaan tersebut.

Selain pindaan terhadap peraturan melanggar kesopanan awam, menteri turut meluluskan penambahan kesalahan baharu kepada klasifikasi pelanggaran kesopanan awam. 

Keputusan itu menetapkan bahawa denda hanya diberikan kepada individu yang memakai seluar pendek di masjid atau pejabat-pejabat kerajaan dengan nilai denda antara 250 hingga 500 riyal Saudi (RM279 hingga RM558).

Undang-undang kesopanan awam di Arab Saudi mula berkuat kuasa pada 2 November 2019. Ia diluluskan oleh Menteri Dalam Negeri yang telah mengenal pasti 19 kesalahan yang membolehkan pesalah didenda sebanyak 50 hingga 6,000 riyal Saudi (RM56 hingga RM6,698). – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI