fbpx

Arab Saudi anjur permainan Squid Game versi realiti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ARAB SAUDI adalah yang pertama di dunia menawarkan permainan Squid Game sebenar. – Saudi Gazette

RIYADH – Arab Saudi bakal menganjurkan permainan Squid Game sebenar, bertujuan menarik perhatian pelancong asing ke negara itu, lapor akhbar Saudi Gazette semalam.

Pihak Berkuasa Am untuk Hiburan (GEA) negara itu menawarkan enam permainan berbeza yang diinspirasikan daripada drama terkenal Korea Selatan, Squid Game.

Permainan itu direka serupa daripada yang dipaparkan dalam drama tersebut.

Ia bermula dengan pertemuan peserta dengan askar bersut merah dan berakhir dengan mengumumkan pemenang. 

Acara tersebut menjadikan Arab Saudi sebagai yang pertama di dunia menawarkan permainan Squid Game pada tahap sedemikian. 

Pihak berkuasa telah memperuntukkan zon khas untuk acara itu di kawasan seluas 9,582 meter persegi di Riyadh.

Lokasi permainan asal dibina hanya dalam tempoh selama 35 hari.

Bagi menjadikan ia lebih realistik, patung animatronik berketinggian tiga meter dibina manakala set acara tarik tali sepanjang tiga meter turut diletakkan di atas tanah. 

Kira-kita 70 pemain boleh menyertai permainan itu yang bermula dengan mendapatkan kad, bertemu askar-askar bertopeng, memakai baju khas serta bermain acara berbeza dengan keterujaan yang serupa. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI