fbpx

Jenama susu Australia maafkan Sharifah Rose

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ISU plagiat foto antara Sharifah Rose dengan Macamilk diselesaikan secara baik.

PETALING JAYA – Isu plagiat membabitkan Sharifah Rose dengan sebuah jenama susu dari Australia, Macamilk kini berakhir selepas jenama tersebut menerima permohonan maaf pelakon itu berhubung penyalahgunaan imej kotak susu yang tular dalam media sosial baru-baru ini.

Menurut pengasasnya, Dan Hart, Sharifah Rose yang mewakili jenama tudungnya, Sekuntum telah mengakui kesalahan plagiat sekeping foto milik Macamilk yang dilakukan tempoh hari.

Tidak meninggalkan sebarang reaksi negatif, Hart mengakui membina sebuah jenama baharu adalah sesuatu yang sukar dan penuh dengan cabaran.

TANGKAP layar kenyataan Macamilk berhubung isu plagiat gambar membabitkan jenama tudung Sekuntum.

“Terima kasih kerana mempamerkan rasa rendah diri dan tanggungjawab untuk mengakui kesalahan yang anda lakukan. Kami menerima permohonan maaf anda dan mengucapkan selamat maju jaya untuk perjalanan bisnes.

“Memulakan perniagaan sendiri bukanlah satu hal yang mudah. Menjadi sebuah jenama yang asli lebih sukar. Jadi manusia juga harus melakukan kesilapan dalam hidup dan juga perniagaan,” katanya dalam InstaStory semalam.

Pemilik jenama yang berpangkalan di Byron Bay itu turut terbuka sekiranya Macamilk dan Sekuntum bekerjasama satu hari nanti.

Menyedari Sekuntum dihentam teruk oleh netizen, dia turut memohon orang ramai memberi peluang kepada Rose terus mengorak langkah dengan jenamanya.

“Siapa sangka satu hari nanti kita mungkin akan menjalinkan kerjasama. Kami terima semua kata-kata semangat untuk jenama Macamilk.

“Kini, kami memohon anda semua memberi peluang kepada Rose dan pasukannya. Mereka lakukan kesilapan tersebut manakala kita harus memberi sokongan sesama sendiri agar terus maju ke hadapan,” ujarnya lagi.

Terdahulu, pelakon drama 3 Nota Cinta itu dikecam hebat selepas Sekuntum didakwa meniru sebuah lagi jenama lokal yang mempunyai nama serupa cuma berbeza huruf dalam ejaan.

Tidak cukup dengan itu, sebuah hantaran Instagram Sekuntum yang menggunakan imej kotak susu milik Macamilk turut mencuri perhatian ramai sehingga mencetuskan kekecohan dalam kalangan pengguna media sosial. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI