fbpx

Ramalan cuaca signifikan bermula esok bagi tempoh 7 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan cuaca signifikan bagi tempoh seminggu bermula esok hingga 27 Februari ini melibatkan beberapa negeri di semenanjung serta Sabah dan Sarawak.

MetMalaysia melalui Facebook rasminya hari ini berkata, ramalan tersebut adalah berdasarkan analisis model MET Malaysia Weather Research and Forecasting Model (MET-WRF), European Centre for Medium-Range Weather Forecasts (ECMWF) dan Global Forecast System (GFS).

Tambahnya, berdasarkan analisis yang dilakukan, luruan angin timuran dijangka memasuki rantau negara pada 21 Februari ini.

“Keadaan ini boleh menyebabkan peningkatan kelembapan yang berpontensi membawa hujan berterusan di negeri-negeri pantai timur Semenanjung, timur Sabah serta kawasan utara dan tengah Sarawak dalam tempoh 23 hingga 26 Februari ini.

“Pada masa yang sama, satu sistem cuaca tekanan rendah dijangka terbentuk di Laut China Selatan mulai 23 Februari ini dan dijangka bergerak ke arah perairan Pahang dan Terengganu.

“MetMalaysia telah mengeluarkan Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora (Kategori Pertama dan Kedua) untuk perkapalan di perairan Laut China Selatan berkuat kuasa sehingga 25 Februari,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman rasmi MetMalaysia untuk perkembangan cuaca terkini dan membuat semakan lokasi sekiranya disenaraikan dalam kategori amaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI