PETALING JAYA – Beberapa kawasan di Semenanjung, Sarawak serta Sabah dijangka mengalami hujan lebat berserta ribut petir dan angin kencang sehingga pukul 5 petang hari ini.
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dalam satu kenyataan memaklumkan, antara kawasan terlibat di Semenanjung ialah Pahang melibatkan daerah Rompin.
Turut terjejas ialah Negeri Sembilan membabitkan kawasan Kuala Pilah, Rembau, Jempol serta Tampin selain seluruh Melaka dan Johor.
MetMalaysia menambah, cuaca buruk sebelah petang turut dijangka melanda beberapa bahagia negeri Sarawak, antaranya Sri Aman, Sarikei (Sarikei dan Meradong), Sibu serta Mukah melibatkan Tanjung Manis, Daro, Matu dan Dalat.
Jelasnya, di Sabah pula, kawasan terlibat ialah Pedalaman (Nabawan), Tawau (Tawau, Semporna dan Lahad Datu) serta Sandakan melibatkan Kinabatangan. – KOSMO! ONLINE













