fbpx

Hamilton nafi pertimbang persaraan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAMILTON (kiri) menghadiri majlis pelancaran jentera Mercedes W13 yang bakal digunakan musim ini di Silverstone kelmarin. – AFP

SILVERSTONE – Selepas lama membisu, pelumba pasukan Mercedes, Lewis Hamilton akhir­nya membuka mulut selepas gagal merangkul gelaran dunia kelapan dalam saingan Formula Satu (F1).

Juara dunia tujuh kali itu mengambil keputusan untuk mendiamkan diri selepas perlumbaan kontroversi pada Grand Prix (GP) Abu Dhabi di Litar Yas Marina Disember lalu yang me­nyaksikan pelumba Red Bull, Max Verstappen muncul juara.

Hamilton memberitahu, dia gembira kerana memiliki keluarga yang sangat memberikan sokongan kepada dirinya ketika menghadapi situasi sukar itu sehingga tercetus spekulasi dia mahu bersara.

“Selepas perlumbaan itu (GP Abu Dhabi), saya hanya mengambil pendekatan mendiamkan diri kerana mahu berehat. Keluarga sentiasa ada bersama saya memberikan sokongan dan ia sesuatu yang sangat baik.

“Memang sukar untuk terima apa yang berlaku, namun saya alihkan fokus itu kepada latihan serta nikmati masa terluang. Saya akui kejadian itu sukar untuk difahami,” katanya.

Pelumba Britain itu juga menjelaskan, dia hampir hilang kepercayaan terhadap F1 selepas perlumbaan tersebut tetapi menafikan dia membuat pertimbangan untuk bersara dalam masa terdekat.

“Saya adalah seorang individu yang sukar untuk mengalah, jadi tidak mungkin saya benarkan perkara itu mempengaruhi diri walaupun ada satu ketika saya hampir hilang kepercayaan de­ngan sistem dalam sukan ini,” ujar Hamilton. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI