fbpx

Remaja 14 tahun ditahan cuba upah pembunuh upahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Remaja itu kini ditahan atas tuduhan cubaan membunuh bekas teman lelakinya. - Getty Images

BATON ROUGE, Louisiana – Seorang remaja berusia 14 tahun ditahan polis apabila cuba mengupah pembunuh upahan bagi membunuh bekas kekasihnya ketika sambutan Hari Kekasih, lapor akhbar New York Post.

Menurut laporan polis, percubaan remaja itu untuk ‘membunuh’ bekas teman lelakinya yang juga berusia 14 tahun digagalkan selepas permintaannya dikesan sebuah laman web palsu iaitu RentAHitman.com.

Gadis yang tidak didedahkan identiti kerana di bawah umur telah ditahan selepas pentadbir laman web tersebut memaklumkan hal berkenaan kepada pihak berkuasa.

Laman web RentAHitman.com hanyalah sebuah platform gurauan yang diwujudkan bagi individu berkongsi perasaan mengenai orang yang dibenci mereka.

Remaja itu kini ditempatkan ke Pusat Tahanan Juvana Baton Rouge Timur atas tuduhan cubaan membunuh.

Peguam remaja itu, Michael Nunnery sedang merayu agar tuduhan itu ditarik semula dengan alasan ia adalah kesalah juvana kali pertama remaja tersebut dan dia tidak berkemampuan untuk benar-benar melakukan jenayah tersebut.

“Ini adalah seorang kanak-kanak berusia 14 tahun, dia tidak mempunyai walau AS$5 (RM20) untuk mengupah seorang pembunuh upahan,” kata peguamnya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI