fbpx
Gambar hiasan.

Industri perlu laksana strategi pengambilan pekerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyeru agar pihak industri melaksanakan strategi pengambilan pekerja yang lebih baik bagi mengurangkan jurang ketidakpadanan pekerjaan dengan kelayakan pencari kerja.

Beliau berkata, perkara itu mengambil kira perubahan sosial termasuk suasana pekerjaan yang lebih fleksibel agar padanan yang lebih baik dapat diwujudkan.

“Pihak majikan juga perlu lebih kreatif dalam memberi jaminan pekerjaan yang baik kepada para pekerja supaya mereka kekal bersama.

“Bagi mengurangkan jurang ketidakpadanan pekerjaan dengan kelayakan pencari kerja, saya menyeru pihak industri untuk melaksanakan strategi pengambilan pekerja yang lebih baik.

“Ia dengan mengambil kira perubahan sosial termasuk suasana pekerjaan yang lebih fleksibel agar padanan yang lebih baik dapat diwujudkan,” katanya ketika berucap dalam Karnival Jamin Kerja Keluarga Malaysia 2022 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ismail Sabri memaklumkan sebanyak RM1.1 bilion diperuntukkan melalui Bajet 2022 dengan sasaran 220,000 pelatih bagi meningkatkan kemahiran pekerjaaan.

Katanya, langkah itu dilaksanakan melalui pelbagai program latihan semula dan peningkatan kemahiran termasuk program place and train iaitu latihan dengan jaminan pekerjaan. – KOSMO! ONLINE.

POPULAR