fbpx

Amirudin ‘tunggu dan lihat’ cabaran Farhash Wafa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amirudin.

SHAH ALAM- Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shaari mengambil pendekatan tunggu dan lihat berhubung keputusan Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak yang mahu mencabarnya di Cabang PKR Gombak pada pemilihan parti tersebut pada April ini.

Beliau berkata, masih terlalu awal baginya untuk memberikan sebarang maklum balas berhubung keputusan Farhash Wafa itu, memandangkan sesi penamaan calon tamat pada 18 Mac ini.

“Saya akan mengulas mengenai perkara terbabit selepas sesi penamaan calon selesai.

“Saya baik dengan semua ahli parti (termasuk Farhash Wafa),” katanya ringkas semasa sidang akhbar penutupan larian virtual Ayuh Selangor 1.0 di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas keputusan Farhash Wafa yang mahu mencabar Amirudin bagi jawatan Ketua Cabang Gombak.

Bulan lalu, Farhash Wafa yang juga bekas setiausaha politik Datuk Seri Anwar Ibrahim secara terbuka ingin bertanding di Cabang Gombak atas dasar amalan demokrasi dalan PKR selain tidak mempunyai motif tertentu. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI