fbpx

Produk serum bantu merawat, memulihkan kulit individu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Serum NURA+ yang kini mendapat sambutan baik pelanggan.

PETALING JAYA – Organic Skean Remedies Sdn. Bhd., pengeluar produk penjagaan kesihatan dan penjagaan kecantikan berjenama NURA+, optimis pendekatan holistik secara dalaman dan luaran oleh produk keluarannya bakal mengukuhkan jenama syarikat dalam jangka masa panjang.

Pengasas syarikat, Haslinda Mohd. Eunos berkata, buat masa ini, produk Serum NURA+ telah menerima testimoni positif yang menggambarkan kepuasan pe­langgan.

Menurutnya, syarikat mula mengedarkan produk serum NURA+ pada 2019 setelah ia me­lalui kajian dan pembangunan teliti oleh sekumpulan pakar dalam bidang perubatan selama hampir 10 tahun.

“Saya memilih serum kerana ia antara produk sukar ditemui di pasaran yang benar-benar bersesuaian dengan kulit wajah seseorang.

“Banyak produk penjagaan kecantikan bersesuaian dengan ramai orang, tetapi fungsi serum agak berbeza kerana ia bertujuan untuk membantu merawat dan memulihkan kulit, khususnya pada waktu malam,” katanya pada sidang akhbar sempena sesi pengenalan produk keluaran syarikat tersebut di sini baru-baru ini.

Haslinda

Haslinda menerangkan, serum NURA+ dihasilkan daripada bahan semula jadi yang unik, antaranya pati minyak yang di­ekstrak daripada pokok gaharu dan diproses menggunakan penyulingan wap.

Pati minyak itu berperanan penting dalam pembaikan dan homeostasis kulit, juga sesuai digunakan untuk kulit kering dan berminyak serta membantu menghilangkan jerawat.

Tambah beliau, serum yang dijual pada harga RM95 sebotol itu turut dihasilkan daripada mesona, iaitu sejenis rumput yang dibuat daripada tangkai dan daun Platostoma palustre daripada keluarga pudina.

Ia memiliki sifat antioksida yang tinggi.

Selain itu, ia turut diperbuat daripada gliserin sayuran iaitu sejenis cecair berlemak jernih yang dibuat daripada minyak kelapa sawit dan sesuai dijadikan pelembap efektif untuk kulit.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI