fbpx

Pelajar merangkak ‘ponteng’ kelas tular

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar dua pelajar berhati-hati merangkak di kaki lima dipercayai memonteng kelas.

PETALING JAYA – Aksi dua pelajar dipercayai murid di sebuah sekolah kebangsaan ‘memonteng’ kelas mengundang pelbagai reaksi di laman sosial.

Menerusi sebuah klip video yang dimuat naik di laman sosial milik @AdamGaisss memaparkan adegan nakal dua murid berkenaan yang dilihat merangkak di kaki lima sekolah berkenaan.

Lebih menghiburkan, dua murid itu dilihat penuh berhati-hati sambil sempat menjenguk keadaan di dalam kelas sebelum memboloskan diri di bahagian tepi sekolah.

Meninjau di ruangan komen mendapati orang ramai rata-rata terhibur dengan situasi itu seakan mengimbau memori sewaktu bersekolah dahulu.

“Aku pernah buat nak pergi tandas dengan kawan aku, kami merangkak keluar ikut pintu belakang,” kata Deeanahasan.

“Dik, kau mengimbau kenangan waktu aku sekolah dik,” seloroh Naimzri.

“Takpa dik, akak dulu lompat pagar masa asrama semata-mata lapar demi makanan. Semua akan jadi kenangan janji jangan malas dan jaga adab ye,” ujar Syira. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI