fbpx

Meta Inc. bayar RM376 juta selesai tuntutan privasi penjejakan pengguna

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG pejalan kaki melintasi papan tanda baharu Meta di ibu pejabat Facebook di Menlo Park, California pada 28 Oktober tahun lalu. - AFP

MENLO PARK, CALIFORNIA – Syarikat induk platform media sosial Facebook, Meta Inc. (Meta) bersetuju membayar AS$90 juta (RM376.65 juta) untuk menyelesaikan tuntutan mahkamah privasi selama sedekad berhubung tuduhan menjejaki aktiviti internet pengguna walaupun selepas mereka log keluar daripada aplikasi, lapor stesen penyiaran CNN kelmarin.

Penyelesaian itu menjadi antara yang terbesar dalam sejarah syarikat media sosial tetapi tidak memberi kesan kepada keuntungan syarikat yang bernilai AS$590 bilion (RM2.47 trilion).

Sekiranya diluluskan, ia akan disenaraikan antara 10 penyelesaian tindakan kelas privasi data terbesar di Amerika Syarikat (AS).

“Penyelesaian kes yang berusia lebih sedekad ini adalah demi kepentingan komuniti dan pemegang saham kami. Pihak kami gembira berjaya mengatasi isu ini,’’ kata jurucakap Meta, Drew Pusateri dalam satu kenyataan.

Syarikat itu turut menafikan sebarang salah laku sebagai sebahagian daripada perjanjian.

Kes yang difailkan pada 2012 itu bermula sejak kemas kini Facebook pada 2010 yang dipanggil ‘Graf Terbuka’. Ia direka untuk membenarkan rakan kepada pengguna Facebook melihat lebih rapat aktiviti dan minat mereka di internet.

Sebagai sebahagian daripada kemas kini, syarikat itu melancarkan butang ‘suka’ yang membolehkan pengguna memperlihatkan minat pada akaun mereka.- Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI