fbpx

Kes aktif lepasi 200,000, 21 kematian dilaporkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kes aktif terus mencatatkan peningkatan dengan semalam melepasi angka 200,000 iaitu sebanyak 202,884 kes aktif dilaporkan, demikian data pada laman web CovidNow.

Ia melibatkan 190,268 kes dikuarantin di rumah, 5,505 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 6,907 kes di hospital, 88 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 116 kes di ICU dengan bantuan pernafasan.

Dalam masa sama, 21 kes kematian Covid-19 dilaporkan, menjadikan jumlah kematian terkini mencatatkan 32,180 kes.

“Terdapat sembilan kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-death (BID), dengan jumlah kes BID sebanyak 6,516 kes.

“Kesemua kematian Covid-19 tersebut dilaporkan di Sabah (9), Johor (4), Perak (4), Kedah (2), Kelantan (1), Negeri Sembilan (1),” menurut maklumat tersebut di sini hari ini. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI