fbpx

Empat ditahan ketika pindah barang curi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
POLIS sedang mengesan S. Yogentheran, iaitu suspek kes pecah gudang dan curi di Bercham kelmarin.-IHSAN PDRM

IPOH – Polis berjaya menumpaskan geng pecah gudang dan curi peralatan pembinaan dengan tertangkapnya empat lelaki yang dipercayai terlibat dalam kegiatan itu di Bercham di sini, kelmarin.

Kesemua suspek berusia 42 hingga 58 tahun itu diberkas ketika sedang sibuk memindahkan barang curi berkenaan ke dalam kenderaan.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, pihaknya menerima aduan berkaitan kejadian pecah premis dan curi membabitkan kerugian RM800,000, kelmarin.

Katanya, ekoran laporan itu, satu kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

“Kejadian berlaku di sebuah gudang yang berada di kawasan terpencil di mana orang awam jarang melalui kawasan tersebut.

“Hasil tindakan pantas oleh Ketua Polis Balai Bercham dan anggota berjaya memberkas empas suspek terbabit dan merampas kenderaan serta peralatan yang digunakan untuk melakukan jenayah tersebut.

“Dalam serbuan itu, pihak polis turut merampas barangan besi seberat 7,310 kilogram yang disyaki dicuri kumpulan berkenaan,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, keempat-empat suspek ditahan reman tujuh hari bermula semalam hingga Selasa ini untuk siasatan lanjut.

Katanya, pihaknya kini sedang memburu suspek yang masih bebas iaitu S. Yogentheran, 40, yang beralamat di Taman Maju Bercham.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai lelaki itu dan pernah membeli barang daripadanya diminta menghubungi pegawai penyiasat kanan, Asisten Superintenden Norshaharah Marzuki di talian 017-4817800,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI