fbpx

23 Februari keputusan rayuan Abdul Azeez batal pertuduhan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Azeez (kiri) ketika hadir di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

KUALA LUMPUR – Pihak pendakwaan memaklumkan keputusan rayuan bekas Pengerusi Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim untuk membatalkan pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram yang dihadapinya, akan diketahui 23 Februari ini.

Perkara itu dimaklumkan Timbalan Pendakwa Raya Nik Haslinie Hashim ketika prosiding di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Azura Alwi  di sini hari ini.

Menurut Nik Haslinie pihak-pihak terlibat telah menerima surat makluman daripada Mahkamah Rayuan minggu lepas, berhubung tarikh keputusan rayuan itu.

Semasa prosiding peguam Amer Hamzah Arshad yang mewakili Abdul Azeez, 55, turut mengesahkan perkara itu.

“Saya mohon satu tarikh sebutan ditetapkan oleh mahkamah,” kata peguam tersebut.

Berikutan itu, hakim Azura kemudian menetapkan 18 Mac ini untuk sebutan kes bagi pihak-pihak memaklumkan status keputusan rayuan tersebut.

Sebelum ini, Abdul Azeez merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi di sini pada 12 Mac tahun lalu yang menolak permohonannya untuk membatalkan tiga pertuduhan rasuah dan 10 pertuduhan pengubahan wang haram yang dihadapinya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI