fbpx

Zizan Razak tinggalkan dunia Forex

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZIZAN RAZAK

PETALING JAYA – Pelakon dan pelawak, Zizan Razak mengumumkan ‘persaraan’ dari dunia pelaburan mata wang asing (Forex).

Zizan atau nama sebenarnya, Mohd. Razizan Abdul Razak, 38, mengambil keputusan tersebut atas alasan tertentu yang tidak diperincikan.

Dia turut meminta maaf kepada mereka yang telah mengikuti jejak langkahnya menyertai urus niaga tersebut sebelum ini.

“Assalamualaikum semua. Hari ini, saya telah mengambil keputusan untuk menarik diri dari dunia Forex atas alasan tertentu.

“Doakan yang baik-baik untuk Zizan dan untuk semua. Semoga Allah memberkati kita bersama. Insya-Allah. Kepada sesiapa yang telah terikut saya sebelum ini, saya minta maaf. Senang cerita saya sudah cuci tangan,” katanya menerusi perkongsian dalam Insta Story di Instagram.

Pengumuman Zizan tersebut mendapat maklum balas baik daripada orang ramai termasuk para peminat yang rata-rata mendoakan dirinya agar terus berusaha menjadi seorang Muslim lebih baik.

“Bagus, Zizan. Utamakan yang halal haram dalam hidup. Insya-Allah bertambah berkat hidup.

“Alhamdulillah, Zizan. Harap tetap haram walaupun ramai orang buat.”

Itu antara komen ditinggalkan netizen menerusi ruangan komen akaun Instagram Zizan yang memiliki 7.9 pengikut dalam media sosial berkenaan.

Turut mencuri tumpuan menerusi komen adalah rakan artis, Remy Ishak menulis supaya Zizan mula memulakan pelaburan emas yang halal di sisi agama: “Gold (emas) on tak on.”

Forex disahkan haram kerana melibatkan harta ribawi iaitu mata wang dan mengandungi unsur-unsur riba. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI