fbpx

Jualan tiket bas, pesawat bagi VTL Malaysia-Singapura dibuka sepenuhnya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Penjualan tiket bas dan penerbangan bagi inisiatif Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) antara Malaysia-Singapura bagi laluan udara dan darat dibuka semula sepenuhnya berkuat kuasa serta-merta, iaitu 100 peratus daripada kapasiti bas dan penerbangan.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, penjualan tiket penerbangan akan dibuka dan berkuat kuasa serta-merta untuk perjalanan segera.

“Selain itu, kedua-dua negara juga sedang mengadakan perbincangan lanjut bagi memperluaskan laluan VTL Udara ke Pulau Pinang dan Kota Kinabalu untuk dilaksanakan tidak lama lagi.

“Dalam hubungan ini, Kementerian Pengangkutan (MOT) melalui Malaysia Airports Holdings Berhad sedang menyediakan fasiliti ujian saringan Covid-19 dan kemudahan-kemudahan berkaitan di lapangan terbang yang berkaitan bagi menyokong pelaksanaan inisiatif tersebut kelak,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Berhubung VTL laluan darat, beliau berkata, penjualan tiket bas akan disambung semula berkuat kuasa serta-merta tetapi hanya untuk perjalanan bermula 22 Februari dan seterusnya.

“Sehingga 14 Februari, seramai 171,583 pengembara dari Singapura telah memanfaatkan insiatif ini,” jelasnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI