fbpx

Wujud ketirisan dalam perbelanjaan kad kredit korporat MARA Corp

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan wujud beberapa perbelanjaan yang mencurigakan sepanjang siasatan berhubung penyalahgunaan kad kredit korporat MARA Corporation (MARA Corp).

Menurut sumber SPRM, berdasarkan siasatan yang dijalankan mendapati terdapat perbelanjaan yang mencurigakan sepanjang Mac hingga Disember tahun lepas.

“Berdasarkan siasatan sejak minggu lalu, kita dapati terdapat beberapa pembelian barang dan perkhidmatan yang tidak melibatkan agensi berkenaan sepanjang Mac hingga Disember tahun lepas, namun kita masih siasat berkenaan barang dan perkhidmatan yang dibeli menggunakan kad kredit itu.

“Oleh itu, pihak pengurusan MARA Corp perlu hadir ke Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya esok bagi menjelaskan mengenai garis panduan penggunaan kad kredit korporat agensi berkenaan,” ujarnya.

Ketika diminta mengulas berhubung perkembangan siasatan membabitkan dakwaan salah laku dan integriti beberapa pegawai kanan Majlis Amanah Rakyat (MARA), tegas beliau, seramai 17 individu sudah selesai dirakam keterangan.

“Seramai 10 individu lagi akan dipanggil dalam minggu ini. Kita jangkakan pada Khamis ini kertas siasatan berkaitan kes terbabit akan dapat dibentangkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut,” ujarnya.

Terdahulu, pada 5 Februari lalu, SPRM mengesahkan menerima satu laporan berhubung dakwaan isu integriti melibatkan beberapa pegawai kanan MARA yang sedang disiasat secara dalaman oleh agensi itu.

Kemudiannya pada 7 Februari, SPRM telah menyerbu dan merampas beberapa dokumen dari MARA, MARA Corp dan sebuah syarikat setiausaha korporat.

Pada Khamis lalu, SPRM dikatakan telah memulakan siasatan berkenaan dakwaan penyalahgunaan kad kredit korporat oleh pengurusan tinggi MARA Corp. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI