fbpx

Hasrat Tottenham jadi semakin sukar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CONTE

LONDON – Pengurus Tottenham Hotspur, Antonio Conte merasakan prestasi semasa meletakkan pasukannya dalam situasi mustahil untuk merebut slot ke saingan Liga Juara-Juara musim depan.

Kekalahan 0-2 kepada Wolves kelmarin menyaksikan Spurs tewas tiga kali berturut-turut dalam saingan Liga Perdana Inggeris ketika ini apabila turut kalah di tangan Southampton dan Chelsea.

Keputusan itu menyaksikan Tottenham Hotspur menghuni tangga kelapan, dipisahkan lima mata dengan West Ham United di tempat keempat, namun masih kurang tiga perlawanan berban­ding lawan itu.

“Sejak saya tiba, saya sudah katakan yang kami perlu berdepan kesukaran dalam setiap perlawanan. Banyak kerja yang perlu dilakukan, namun semua orang perlu sedar yang adanya perubahan dan kami perlu membina pasukan semula,” katanya yang mula mengambil alih tugas sejak November lalu.

“Apabila kamu tewas dua perlawanan berturut-turut di ge­langgang sendiri, hasrat pasukan untuk merebut slot Liga Juara-Juara adalah mustahil,” katanya.

Sejak dilatih Conte, Spursmelalui aksi cemerlang dengan rekod sembilan perlawanan tanpa kalah, namun pengurus dari Itali itu juga sedar keinginan untuk menang secara konsisten memerlukan sedikit masa.

“Masalahnya adalah kamu tidak boleh beli mentaliti untuk menang. Perjalanan masih panjang dan paling penting kami tidak boleh rasa takut untuk menghadapinya,” jelasnya.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI