fbpx

Tom Holland, Zendaya beli rumah bersama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tom Holland dan Zendaya.

HUBUNGAN cinta antara pelakon terkenal Tom Holland dengan aktres Zendaya semakin serius selepas kedua-dua mereka dikhabarkan membeli sebuah rumah idaman bersama.

Menurut laporan Buzzfeed, pasangan itu melakukan beberapa pengubahsuaian rumah mereka yang turut dilengkapi dengan gimnasium, pawagam berserta enam bilik tidur.

Keputusan Holland dan Zendaya membeli rumah bersama sekali gus menguatkan lagi andaian bahawa mereka bakal melangsungkan perkahwinan dalam masa terdekat.

Bagaimanapun, sehingga kini kedua-dua pasangan itu masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi tentang perkara tersebut. Hubungan pasangan pelakon yang pernah membintangi filem Spider-Man: Homecoming itu mula menjadi bualan ramai selepas mereka dilihat mesra sebelum kedua-duanya mengaku sedang bercinta.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI