fbpx

‘Kami enggan belajar secara PdPR’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

GEORGE TOWN – Rata-rata calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 menyokong tindakan Kementerian Pendidikan (KPM) melaksanakan sesi pembelajaran secara bersemuka di sekolah walau pun dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat menjelang peperiksaan itu Mac ini.

Seorang calon, Aqil Hanafi, 18, berkata, dia menyifatkan kaedah pembelajaran secara langsung di sekolah adalah lebih berkesan dan mudah difahami berbanding sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Katanya, semestinya semua calon SPM ketika ini memerlukan tumpuan sepenuhnya di sekolah berbanding belajar sendiri di rumah di saat tarikh peperiksaan yang dijangka 2 Mac ini.

“Kami merayu agar KPM tidak melaksanakan PdPR sekali lagi. Kami mahu fokus dalam pe­periksaan dan tidak mahu emosi terganggu sehingga memberi kesan kepada keputusan nanti.

“Kami sambut baik keputusan KPM yang mahu meneruskan sesi persekolahan Mac ini biarpun berlaku peningkatan kes Co­vid-19,” katanya di sini semalam.

Seorang lagi calon SPM, Aina Syazwani, 18, berkata, pelaksa­naan SOP yang ketat seharus­nya dititikberatkan sepanjang sesi bersemuka selain dibelenggu­ dengan peningkatan penularan virus itu.

“Kami tidak kisah sekiranya SOP Covid-19 diketatkan lagi, janji kami dapat pergi ke sekolah seperti biasa sehingga cuti penggal akhir 2021 dua minggu lagi.

“Ini peluang akhir kami, calon SPM yang bakal menduduki peperiksaan penting bagi menentukan masa depan kami. Kami enggan belajar secara PdPR, kami lebih selesa belajar dengan guru di sekolah,” tegasnya.

Sementara itu, di Petaling Jaya, Muhammad Nukman Hazim, 18, berkata, dia dan rakan-rakan bersetuju dengan keputusan KPM itu memandangkan peperiksaan SPM 2021 pernah ditangguhkan kerana Covid-19.

“Keputusan KPM untuk meneruskan perjalanan peperiksaan SPM kali ini sangat bagus kerana kebanyakan kami telah bersedia untuk menghadapi SPM seperti yang dijadualkan.

“Jika SPM ini selesai, ini akan lebih memudahkan kami me­nyambung pelajaran serta merencanakan masa depan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI