fbpx

Jangan ragu solat subuh ditetapkan lewat 8 minit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SETIAP kali selepas solat, berdoalah untuk kesejahteraan ibu bapa yang sudah meninggal dunia di alam sana. – gambar hiasan

PUTRAJAYA – Umat Islam di negara ini khususnya di Lembah Klang tidak perlu berasa ragu-ragu dengan waktu azan subuh yang dilambatkan selama lapan minit sejak akhir 2019 lalu.

Jabatan Mufti Negeri Selangor menerusi hantaran dalam laman sosial rasminya berkata, kelewatan tersebut turut dipersetujui oleh panel Muzakarah Kebangasaan bagi Hal Ehwal Islam.

“Justeru, masyarakat Islam tidak perlu ragu untuk beramal dengan jadual waktu solat yang diterbitkan oleh Jabatan Mufti di negeri-negeri khususnya waktu Subuh,” jelas agensi itu lagi.

Ia merujuk maklumat tular melalui wadah media sosial berkaitan waktu azan subuh yang didakwa kononnya tidak tepat apabila dianjak lapan minit lewat berbanding jadual sebelum ini.

Keadaan itu mengakibatkan ada menunaikan solat fardu subuh lebih awal sebelum azan dikumandang kerana masih menganggap masa ditetapkan Jabatan Mufti negeri adalah salah.

Untuk rekod, waktu solat pernah dilambatkan 30 minit pada 1 Januari 1982 apabila kerajaan menyelaraskan masa Semenanjung Malaysia diseragamkan dengan Sabah dan Sarawak.

Situasi ini menyebabkan kekeliruan apabila waktu azan subuh misalnya di Kuala Lumpur pada tarikh berkenaan yang sepatutnya ialah pukul 5.25 pagi telah berubah kepada 5.55 pagi.

Penyeragaman yang dikenali sebagai Waktu Standard Malaysia itu turut menyaksikan masa berbuka puasa di Semenanjung Malaysia bukan lagi sekitar 6 petang tetapi anjak 7 petang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI