fbpx

8,517 kes sembuh, 17 kluster baharu dikenal pasti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Sebanyak 8,517 kes sembuh dicatatkan hari ini, dengan jumlah kumulatif kes sembuh daripada Covid-19 sebanyak 2,860,954 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, dalam masa sama, sebanyak 81 kes daripada 21,315 kes harian yang dilaporkan melibatkan jangkitan import dengan jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 3,061,550 kes.

Menurutnya, daripada jumlah kes harian hari ini, sebanyak 87 kes (0.41 peratus) adalah kategori tiga, empat dan lima serta 21,228 kes (99.59 peratus) kategori satu dan dua.

“Bagi kes kategori tiga, empat dan lima, 16 kes (18.4 peratus) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi dan 54 kes (62.1 peratus) telah menerima dua dos vaksin namun belum menerima dos penggalak (kumpulan ini berisiko kerana kemungkinan tahap imuniti terhadap Covid-19 telah menurun).

“Selain itu, 35 kes (40.2 peratus) berumur 60 tahun dan ke atas, 28 kes (32.2 peratus) mempunyai penyakit komorbid, dua kes (2.3 peratus) ibu mengandung dan lapan (9.2 peratus) kes telah meninggal dunia iaitu dua kes (2.3 peratus) Brought in Dead (BID),” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ujarnya lagi, terdapat 17 kluster baharu dikenal pasti hari ini selain 199 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 115 kes memerlukan bantuan pernafasan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI