fbpx

30 ekor kucing bantu Aisha Retno hilangkan tekanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AISHA RETNO

PETALING JAYA – Penyanyi baharu Aisha Retno menjadikan 30 ekor kucing peliharaannya sebagai terapi untuk menghilangkan tekanan selain mencari ilham sewaktu menulis lagu.

Aisha atau nama lengkapnya Sharifah Aisha Retno, 22, memberitahu di rumahnya terdapat 30 ekor kucing yang dipelihara dalam bilik khas dan menjadikan haiwan comel itu sebagai inspirasi untuk berkarya.

“Saya ada membela 30 ekor kucing di rumah. Kalau nak tulis lagu dan tiba-tiba buntu, kucing adalah tempat saya hilangkan tekanan selain mencari ilham.

“Saya tidak rasa terbeban pun. Sebab semua ahli keluarga saya sukakan kucing. Bila saya tengok muka kucing, saya jadi tenang. Sokongan bukan sahaja datang daripada manusia, tetapi juga haiwan (kucing),” katanya.

Ditemui ketika sidang media selepas konsert minggu kedua Big Stage musim keempat (BS4) malam tadi, Aisha memberitahu pada awalnya, dia cuma memelihara dua ekor kucing yang dipungut beberapa tahun lalu.

“Pada awalnya saya cuma ada dua ekor kucing sahaja. Tapi lama-lama beranak-pinak sehingga menjadi 30 ekor. Hendak beri pada orang, rasa sayang pula.

“Jadi saya ambil keputusan untuk memelihara kesemuanya,” kata Aisha.

Bekas juara program Vokal Mania musim pertama itu juga tidak sampai hati untuk memberi atau menjual kucing-kucing peliharannya walaupun terdapat permintaan.

“Saya ada juga terfikir untuk jual kucing sebab ada permintaan. Tapi saya tidak sampai hati kerana kucing sebenarnya bukan untuk dijual.

“Kos penjagaan, untuk makanan sahaja saya peruntukkan sebanyak RM400. Tidak termasuk kos-kos lain seperti perubatan.

“Untuk makanan kucing, saya beli ikan di pasar borong sahaja. Hendak beli makanan khas kucing harganya mahal,” ujarnya.

Pada konsert minggu kedua BS4 malam tadi di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Aisha yang menyampaikan lagu Lalisa dendangan asal Lisa Blackpink menduduki tangga ketiga dengan markah sebanyak 75.2 peratus. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI