fbpx

Renungan maut ‘stranger’ takutkan Sharifah Rose

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ROSE berkongsi pengalaman menakutkan ketika direnung tajam orang tak dikenali ketika berada di luar.

BARU sahaja memulakan langkah sebagai seorang pelakon, sudah bermacam-macam cerita tentang Sharifah Rose yang Diva baca.

Baru-baru ini, dia mengakui turut tidak terlepas diberi renungan tajam oleh orang ramai ketika berada di luar.

“Ya, saya laluinya. Ada yang okey dan menakutkan.

“Pernah melaluinya ketika zaman universiti, ramai memberi renungan tajam sehingga saya elak keluar dari hostel.

“Baru-baru ini, saya terkena lagi renungan maut daripada seorang pekerja ketika membeli makanan,” jawabnya kepada seorang pengguna Instagram.

Memang seram jika mendapat renungan tajam daripada orang yang tidak dikenali. Tak mengapalah Rose, mungkin mereka hendak ajak berbual tetapi segan untuk bersuara.

Anggap saja renungan tersebut sebagai tanda awak semakin dikenali. Lebih baik dipandang daripada tidak dikenali bukan?

DIVA: Lucu baca apabila ramai netizen mencadangkan Michael Ang mengahwini Datuk Seri Vida.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI