fbpx

Lembut tapi tegas, cara Faizal Tahir didik anak dipuji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VIDEO tular memaparkan Faizal Tahir menegur anak-anaknya ketika lambat ke sekolah dipuji netizen.

MINGGU ini, nama Faizal Tahir menjadi topik bualan hangat netizen dalam Twitter selepas ramai yang memuji caranya mendidik anak-anak.

Pujian tersebut diraih Faizal selepas sebuah video memaparkan dia menegur kesalahan anak-anaknya dengan cara yang lembut tetapi tegas.

Bagi netizen, sukar untuk melihat didikan sebegitu pada hari ini, malah reaksi anak-anak Faizal yang tidak melawan kata bapa mereka juga turut dipuji.

“Suka gila melihat Faizal berkomunikasi dengan anaknya, sangat lembut,” puji seorang netizen.

“Ini merupakan cara didikan seorang bapa yang hebat dan memberi inspirasi,” ciap seorang lagi pengguna Twitter.

Sejuk saja hati melihat video tersebut, tidak kedengaran sekali pun Faizal menjerit atau meninggi suara terhadap anak-anaknya.

Senang hati melihat ada juga perkara positif yang dilakukan selebriti tanah air dijadikan contoh buat orang ramai.

DIVA: Ramai masih tertanya-tanya apakah lagu yang bakal didendangkan Iqbal pada konsert Big Stage malam ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI