fbpx

Faizal Tahir dipuji Islamkan saudara baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VIDEO dikongsi Faizal (kiri) memaparkan momen ketika dia mengajar seorang pemuda mengucap dua kalimah syahadah.

PETALING JAYA – Penyanyi Faizal Tahir menerima pelbagai reaksi positif dalam kalangan selebriti dan peminat selepas membantu seorang lelaki memeluk agama Islam dengan mengucap dua kalimah syahadah dan seterusnya bergelar mualaf.

Menerusi hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, Faizal atau nama lengkapnya Ahmad Faizal Mohammad Tahir, 44, dilihat mengajar seorang pemuda yang tidak didedahkan identitinya mengucap kalimah syahadah.

“Apabila datang pertolongan Allah SWT dan kemenangan. Dan engkau melihat manusia masuk dalam agama Allah beramai-ramai.

“Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya Dia amat menerima taubat. Surah An-Nasr,” tulis Faizal.

Selepas selesai mengajar pemuda itu melafazkan syahadah, kedengaran suara seseorang mengucapkan syukur atas pengislaman lelaki tersebut dalam video dikongsikan Faizal.

“Alhamdulillah. Ada sesiapa paksa? Tiada? Alhamdulillah,” katanya.

Tindakan murni penyanyi lagu Gemuruh itu sekali gus mendapat reaksi positif dalam kalangan selebriti dan peminat apabila meluahkan rasa kagum serta terharu dengan usaha yang dilakukan Faizal.

“Alhamdulillah seronok tengok usaha sahabat,” ujar pelakon Ashraf Muslim.

“Alhamdulillah terima kasih membimbing saudara baharu mengenal Islam,” kata pesohor media sosial Ryzal Ibrahim.

“Masya-Allah. Syurgalah tempatmu adik,” puji penyanyi Anuar Zain.

Sebelum ini, penyanyi itu pernah mengislamkan seorang warganegara New Zealand di Cameron Highlands, Pahang bersama pasukan Hidayah Centre Foundation pada September tahun lalu.

Selain Faizal, pelakon Adam Corrie Lee juga menjadi perhatian netizen selepas membantu mengislamkan seorang lelaki dan wanita sekitar September tahun lalu.

Pelakon itu juga mendedahkan, setakat ini sudah mengislam seramai 20 saudara baharu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI