fbpx
Gambar hiasan

Cuaca buruk di beberapa negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat dan ribut petir di Perlis, Kedah, Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah petang ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan berkata, cuaca buruk bagi negeri yang terlibat dijangka berlaku sehingga pukul 6 petang ini.

“Di Perlis, kesemua kawasan di negeri itu bakal alami ribut petir serta hujan lebat manakala di Kedah kawasan yang terlibat adalah Kubang Pasu.

“Di Perak pula, kawasan yang terlibat adalah Kampar, Batang Padang dan Mualim,” kata kenyataan itu.

Tambah kenyataan itu, kawasan yang dijangka dilanda ribut petir di Selangor adalah di Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang manakala di Negeri Sembilan pula, kawasan terlibat adalah di Jelebu, Seremban dan Port Dickson.

“Keadaan cuaca buruk juga diramalkan berlaku di seluruh kawasan Kuala Lumpur dan Putrajaya,” ujarnya.

Selain itu, bagi kawasan di Johor melibatkan Kota Tinggi dan Johor Bahru, manakala di Sarawak melibatkan kawasan Limbang (Lawas).

Keadaan cuaca buruk juga diramal berlaku di Sabah, melibatkan kawasan Pedalaman (Sipitang dan Tambunan), Pantai Barat (Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran, Ranau dan Kota Belud) dan Sandakan (Kinabatangan). – K! ONLINE

POPULAR