fbpx

Hospital Pendang dijangka beroperasi September ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Awang menyampaikan sijil kepada peserta Program empowerNCER: Latihan Kemahiran Dan Keusahawanan Peringkat Daerah Pendang di Pendang, hari ini.

PENDANG – Hospital Pendang di Kampung Manggol Pauh di sini dijangka beroperasi pada September ini sekali gus menamatkan penantian penduduk daerah ini sejak 40 tahun lepas.

Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Hashim yang juga Timbalan Menteri Sumber Manusia berkata, pembinaan hospital itu yang bermula dua tahun lalu sudah 99 peratus siap.

“Alhamdulillah, inilah yang ditunggu-tunggu penduduk Pendang hampir 40 tahun lalu iaitu sejak pengambilan hak milik tanah pada 1983.

“Pada 2020 baru dapat dibina setelah hampir tiga kali perasmian dan peletakan batu asas yang mana bangunan tidak naik batu asas pun hilang,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penganugerahan Sijil Program empowerNCER: Latihan Kemahiran Dan Keusahawanan Peringkat Daerah Pendang di Dewan Cenderawasih Pendang di sini hari ini.

Katanya, pembinaan hospital itu sudah hampir siap dan hanya menunggu peralatan untuk dibawa masuk bagi memenuhi spesifikasi ditetapkan.

“Majlis penyerahan daripada kontraktor kepada kerajaan akan dibuat menjelang Jun ini dan dijangka digunakan sepenuhnya pada September ini,” jelasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI