fbpx

Lelaki Nigeria cipta dapur guna kuasa air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DAPUR memasak itu menggunakan tekanan air untuk menghasilkan api. - SensorSpot, PR Nigeria

ABUJA – Seorang lelaki warga Nigeria yang menetap di kawasan Jekadafari, negeri Gombe dilaporkan mencipta dapur memasak tanpa gas yang boleh berfungsi dengan hanya menggunakan air, lapor laman berita Legit. 

Hadi Usman, 67, mencipta dapur yang tidak memerlukan gas atau minyak tanah dalam menghasilkan api untuk memasak.

Menurut media tempatan, juruteknik elektronik itu berjaya menghasilkan inovasi berkenaan kerana ingin memberikan sibsidi kepada kos penggunaan gas dan minyak tanah.

Sebuah video di laman YouTube memaparkan situasi ketika Hadi menunjukkan bagaimana dapur tanpa gas itu berjaya menghasilkan api.

Lelaki yang pernah memasang pemancar radio serta mengendalikan stesen radio komuniti suatu masa dulu itu mahu institusi-institusi berkaitan membantu mempatenkan hasil inovasinya.

Beliau juga mahu wujudkan kerjasama dalam memastikan ia dihasilkan secara besar-besaran.

“Saya berharap institusi berkaitan boleh menyokong ke arah mempatenkan projek ini untuk pengeluaran besar-besaran. Ini bagi membantu mereka tanpa perlu membeli gas atau minyak tanah untuk memasak tetapi hanya dengan menggunakan air,’’ kata Hadi. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI