fbpx

Kancil enam pintu tular

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perodua Kancil enam pintu tular di media sosial ketika ini.

PETALING JAYA – Kreativiti rakyat Malaysia dalam mengubah dan mencipta prototaip seperti kereta, motosikal serta jentera tidak perlu disangkal lagi.

Dalam satu klip video yang kini tular di media sosial, kereta tempatan yang pernah menjadi fenomena sebelum ini iaitu Perodua Kancil telah diubah daripada bentuk asalnya.

Aslinya, Perodua Kancil yang mempunyai enjin berkapasiti 660cc ini berpintu empat dan panjangnya tidak melebihi 3 meter sebagai syarat bagi jenis Kei Car.

Namun kali ini, Perodua Kancil telah diubah menjadi sebuah ‘limousin’ berpintu enam dengan kereta dipanjangkan dan memuatkan lapan tempat duduk.

Dikatakan Perodua Kancil tersebut merupakan projek sebuah pusat vokasional Giat Mara di Kedah.

Rata-rata orang ramai terkejut dengan ciptaan warga tempatan itu dan menyatakan setanding dengan jurutera luar negara.

“Kancil boleh dibuat macam ni, terbaik anak Malaysia. Kalau tak silap saya dulu ada satu kereta sama tetapi digunakan oleh sebuah hotel sebagai kereta pengangkut pengunjung mereka.

“Tapi ada kereta macam ni pun dekat Malaysia mana boleh berada di jalan raya, nanti ada lah kena sita,” jelas Man Mangga.

“Hebat betul, lawa pula aku tengok dengan warna kening semua. Kalau jual pun mesti ada orang nak.

“Kehebatan rakyat kita ni kalau nak samakan dengan jurutera dari Jepun pun dah boleh dah, Malaysia boleh!” kata Zaibidi Yusof. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI