fbpx

10 cabaran kritikal perniagaan masa kini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman akan berkongsikan perspektif 10 cabaran bisnes pada tahun 2022 dalam Live Session di saluran Telegram Azizan Osman Official pukul 8 pagi, Ahad ini.

Menurutnya, banyak perkara dikaji beliau dalam tempoh dua minggu lalu antaranya sentimen pasaran, kadar inflasi dengan kenaikan harga barang yang telah pun dijangka, malah disebut-sebut sejak Ogos tahun lalu.

Jelasnya, kenaikan harga sesetengah barangan dilihat mencapai antara 30 peratus dan lebih 100 peratus ketika ini.

“Sebab itu kritikalnya untuk semua sedar perkara ini, terutamanya pemilik bisnes kerana tahun ini tidak menjanjikan laluan mudah.

“Saya melihat bagi mereka yang menjalankan bisnes ketika ini, perniagaan mereka berisiko akan lingkup jika masih kekal melakukan perkara yang sama seperti biasa,” katanya kepada pemberita.

Azizan menambah, pasaran ketika ini bergerak perlahan, manakala inflasi mengakibatkan orang ramai lebih berhati-hati ketika berbelanja .

“Apabila pasaran perlahan, peniaga pula sebaliknya perlu lebih pantas dan memanfaatkan sepenuhnya semua platform yang ada.

“Semua dijemput bersama dengan saya Ahad ini, khasnya buat bangsa usahawan terutama pemilik bisnes yang masih tidak melihat jalan keluar ketika ini,” ujarnya.

Mereka yang berminat boleh klik di sini untuk menyertai saluran Telegram Azizan Osman (Official). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI