fbpx

Lelaki didakwa bunuh isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

IPOH – Seorang lelaki berhadapan hukuman mati tali gantung apabila dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh isterinya, bulan lalu.

Ibrahim Abdullah, 51, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Jesseca Daimis.

Tiada pengakuan direkodkan daripada lelaki itu kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Lelaki itu didakwa melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian Fatimah Manikam Abdullah, 44, di Lorong Tawas 5, Kampung Tawas, Ipoh antara pukul 10 malam pada 26 Januari 2022 hingga 3.05 petang pada 27 Januari 2022.

Pertuduhan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI