fbpx

Big Bang kembali, T.O.P keluar agensi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KUMPULAN BIG BANG

KALAU ikutkan sudah bertahun-tahun lamanya peminat menantikan kemunculan semula kumpulan fenomena, Big Bang.

Penantian ramai akhirnya menunjukkan harapan apabila, YG Entertainment mengumumkan bahawa kumpulan itu bakal meluncurkan sebuah lagu baharu pada musim bunga ini.

“Big Bang sudah menyelesaikan rakaman lagu baharu mereka dan sudah bersedia untuk merakamkan muzik video lagu tersebut,” tulisnya.

Tidak setakat itu, YG turut mendedahkan bahawa T.O.P akan meninggalkan agensi berkenaan selepas 16 tahun bersama.

“Kontrak eksklusif T.O.P dengan YG Entertainment sudah pun tamat dan dia akan mengambil pelbagai cabaran baharu sebagai usahawan dan artis.

“Kami menghormati keinginan T.O.P yang mahu meluaskan skop aktiviti secara solo selain daripada promosi bersama Big Bang nanti.

“Pengundurannya daripada agensi turut sudah mencapai persetujuan bersama ahli kumpulan lain,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI