fbpx

Tidur sejam lebih lama kurangkan berat badan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sekiranya seseorang tidur lebih sejam dari tempoh masa kebiasaan, ia boleh mengurangkan kuantiti kalori sebanyak 270 kcal sehari. – Getty

CHICAGO, ILLINOIS – Satu kajian mendapati bahawa waktu tidur yang melebihi sejam daripada kebiasaan dapat mengurangkan berat badan seseorang, lapor akhbar Metro UK semalam.

Kajian dijalankan sekumpulan penyelidik dari Universiti Perubatan Chicago itu mendedahkan sekiranya seseorang tidur lebih sejam dari tempoh masa kebiasaan, ia boleh mengurangkan kuantiti kalori sebanyak 270 kilo kalori (kcal) sehari.

Menerusi kajian tersebut, seramai 89 individu berusia 21 hingga 40 tahun yang mengalami obesiti dipantau tabiat tidur mereka. Mereka kebiasaannya tidur kurang dari 6 jam 30 minit dalam masa satu malam.

Tanpa mengubah diet atau tabiat pemakanan, mereka tidur di katil sendiri dengan memakai sejenis peranti serta diarah untuk meningkatkan waktu tidur.

Selepas meningkatkan waktu tidur kepada 8 jam 30 minit bagi satu malam, kadar pengambilan kalori dan tenaga mereka dihitung. Hasilnya mendapati, kadar pengambilan kalori menyusut sebanyak 270 kcal sehari.

“Meningkatkan dan mengekalkan tempoh waktu tidur yang sihat dalam jangka masa panjang dapat menjadi sebahagian daripada program mengurangkan berat badan dan mencegah obesiti,” kata penyelidik. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI