fbpx

Terlalu lama buka ‘aircond’ dalam kereta punca 3 mati ketika tidur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
POLIS mengesahkan tiga warga Myanmar termasuk seorang wanita maut kerana tidur terlalu lama dalam penghawa dingin kenderaan ketika berehat di Hentian Rehat Yong Peng, Lebuh Raya Utara Selatan, Batu Pahat, Johor malam semalam.

BATU PAHAT – Punca kematian tiga orang termasuk seorang wanita warga Myanmar di Hentian Rehat Yong Peng malam semalam disahkan kerana tidur terlalu lama dengan penghawa dingin kereta.

Pemangku Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintenden Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, hasil siasatan awal kejadian pada pukul 9.59 malam itu mendapati ketiga-tiga mangsa dalam perjalanan dari Genting Highlands menuju ke Taman Air Biru, Pasir Gudang.

Kesemua mangsa merupakan warga Myanmar yang dikenali sebagai Zaw Naing Oo, 23, Myo Htet, 25, dan Khin Mar Yee, 27.

Katanya, kereta Perodua Alza yang digunakan dipinjam dari seorang rakan di Johor Bahru dan dipercayai telah berhenti rehat seterusnya tidur dalam kereta di tempat kejadian.

“Hasil temubual daripada beberapa orang saksi, kereta mangsa didapati telah diletakkan dalam tempoh masa agak lama di Hentian Rehat Yong Peng itu. Mangsa didapati tidak bergerak namun enjin kereta dihidupkan manakala tingkap tertutup rapat serta pintu dalam keadaan berkunci,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Shahrulanuar lagi, apabila semua mangsa tidak memberikan sebarang tindak balas apabila orang awam mengetuk cermin tingkap dan memanggil dari luar, mereka kemudiannya terpaksa memecahkan cermin tingkap di bahagian pemandu untuk membuka pintu kereta untuk memberikan bantuan.

Ujarnya lagi, selepas pintu berjaya dibuka didapati kesemua mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri dan tiada sebarang tindak balas diberikan.

“Selepas pemeriksaan daripada pasukan perubatan mendapati ketiga-tiga mangsa kemudiannya telah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan telah dirujuk ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) Batu Pahat untuk proses bedah siasat dan kes disiasat mengikut Siasatan Mati Mengejut (SDR),” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI