fbpx
Dr. Sandra menerangkan sesetengah petua orang lama boleh membahayakan nyawa bayi

Terlalu ikutkan petua, bayi boleh mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Ramai ibu bapa yang baru menyambut kelahiran zuriat pertama mengalami kesukaran membezakan antara petua lama bagi membantu proses menjaga bayi dan mengimbangkan pemahaman dari sudut sains.

Pakar Kesihatan Awam, Dr. Sandra Raman menerusi satu hantaran di media sosial miliknya meminta orang ramai untuk menegur sesetengah ibu bapa muda dan orang tua yang terlalu patuh dengan petua orang lama sehingga boleh membahayakan nyawa bayi.

“Sekarang ini ramai tidak berani untuk menegur di khalayak ramai kerana bimbang dikecam, namun tindakan itu boleh menyedarkan ibu bapa bahawa cara penjagaan mereka salah.

“Jangan terlalu ikutkan cara zaman dahulu atas alasan bayi masih baik dan sihat seperti biasa,” tegasnya.

Pakar kesihatan awam itu turut mengulas berhubung perkongsian pengikutnya yang menceritakan seorang nenek tua memberi minum air masak kepada bayi yang baru berusia sekitar dua bulan.

“Mak cik, pak cik, nenek semua tolong faham pemberian air kepada bayi berusia bawah enam bulan boleh menyebabkan garam bertambah dalam badan sehingga otak bayi bengkak dan seterusnya menyebabkan kematian,” ujarnya. – K! ONLINE.

POPULAR