BESUT – Musim kemarau yang berlarutan dan kemasukan air masin ke dalam Sungai Besut menyebabkan 15 pengusaha kerugian RM20,000 apabila 5,000 ikan tilapia sangkar yang mereka pelihara di Kampung Cawat di sini, mati sejak hampir tiga bulan lalu. Mohd. Sayuti Muda, 40, berkata, kebanyakan ternakan mereka yang mati itu merupakan anak ikan tilapia berusia kurang dua minggu. “Benih ikan tilapia yang kami lepaskan ke dalam sangkar kebanyakan tidak mampu bertahan lama ekoran kenaikan suhu air sungai. “Sifat ikan tilapia yang…














