fbpx

Otak kucing mengecut selepas bergaul dengan manusia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SIFAT jinak kucing peliharaan dikatakan telah mengubah cara otak haiwan berkenaan berkembang. – GAMBAR HIASAN

BERDASARKAN satu penyelidikan terkini menunjukkan, otak kucing peliharaan mengecut akibat aktiviti dengan manusia.

Dalam kajian yang diterbitkan pada bulan lalu di jurnal Royal Society Open Science, penyelidik membandingkan saiz tengkorak kucing peliharaan dengan kucing liar.

Pasukan penyelidik mendapati bahawa saiz tengkorak kucing peliharaan telah mengecil dengan ketara.

Bagaimanapun, ini tidak semestinya membuktikan kucing liar lebih bijak daripada kucing peliharaan manusia di rumah.

Namun begitu, berdasarkan satu hipotesis, ia menunjukkan bahawa sifat jinak dalam haiwan peliharaan mungkin secara tidak sengaja mengubah cara otak haiwan itu berkembang.

Perubahan tersebut mungkin bermula apabila haiwan itu yang masih dalam kandungan tidak menunjukkan perkembangan sel puncak saraf.

Ini juga disebabkan genetik daripada ibunya yang merupakan kucing peliharaan dan kesayangan manusia sejak sekian lama.

“Penjinakan dalam proses pembiakan haiwan mungkin menyebabkan berlaku gangguan penurunan percambahan sel puncak saraf, yang membawa kepada penurunan kegembiraan dan ketakutan.

“Bagaimanapun, penurunan ini juga boleh membawa kepada perubahan berkaitan morfologi, tindakan balas tekanan dan saiz otak,” jelas penyelidik dalam kajian mereka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI