fbpx

Kasih sayang peminat buat Jackson

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JACKSON GOT7

BERGELAR artis idola dan dipuja peminat di seluruh dunia, sekali gus menjadikan seseorang selebriti itu disayangi ramai.

Buktinya, sejurus anggota kumpulan GOT7 Jackson ada memuat naik hantaran berbaur ‘sesuatu’ dalam Twitter, pantas sahaja peminat bertindak menenteramkan keadaan.

Jackson menulis ciapan seakan-akan sedang berdepan kesedihan: “Saya hanya perlu menjadi lebih baik. Lebih baik dan baik.”

Beberapa jam kemudian, dia memuat naik hantaran berbeza dalam Instagramnya dengan memaparkan imej kosong berwarna hitam.

Keadaan tersebut nyata meresahkan peminat yang bimbang seandainya Jackson sedang melalui fasa sukar. Biarpun ada antara mereka yang mengandaikan luahan tersebut sekadar gimik pelancaran lagu baharu, tetap ada segelintir peminat yang berasa risau.

Masing-masing mula membalas dan menyampaikan kata-kata semangat buat Jackson agar tidak mudah putus ada dan segera bangkit daripada kegelapan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI