fbpx

Angin 68 km/j badai Pulau Pinang semalam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Angin kencang menyebabkan kerosakan struktur bangunan di beberapa kawasan di Pulau Pinang semalam. Foto IQBAL HAMDAN

GEORGE TOWN – Kejadian angin kencang yang berlaku di negeri ini semalam adalah berpunca daripada awan kumulonimbus yang membawa ribut petir berskala kecil.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), keadaan itu boleh berlangsung pada sebelah petang sepanjang minggu ini serta pihaknya akan sentiasa memantau dan mengemaskini amaran cuaca dari semasa ke semasa.

MetMalaysia merekodkan jumlah hujan sebanyak 19.4 milimeter (mm) pada pukul 6 petang semalam di Stesen Meteorologi Butterworth, manakala 8.4 mm hujan direkodkan di Stesen Meteorologi Pencemaran Udara Prai.

Selain itu, Stesen Meteorologi Bayan Lepas telah merekodkan 4.8mm hujan pada waktu sama.

Kejadian hujan lebat beserta ribut dilaporkan berlaku di beberapa kawasan di Pulau Pinang petang semalam sehingga menyebabkan kejadian pokok tumbang dan struktur bumbung diterbangkan angin.

Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar dan Desa negeri, Jagdeep Singh Deo berkata, kadar kelajuan angin yang direkodkan sewaktu kejadian ribut semalam adalah sekitar 68 kilometer sejam (km/j).

“Terdapat 25 lokasi yang dilaporkan berlaku kejadian pokok tumbang dan di dua lokasi terdapat struktur bumbung diterbangkan angin.

“Pasukan Majlis Bandaraya Pulau Pinang telah mengalihkan pokok-pokok tumbang ini semalam dan hari ini kerja-kerja pembersihannya dijangka diselesaikan,” katanya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI