fbpx

Tayar terpakai pun kena curi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tayar terpakai yang dirampas daripada suspek dalam kejadian kecurian di Bayan Baru dekat Balik Pulau.

BALIK PULAU – Dua lelaki ditahan polis hari ini selepas dipercayai mencuri tiga unit tayar kereta terpakai di sebuah kedai tayar di Jalan Mahsuri, Bayan Baru di sini.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, pihaknya melakukan usaha memburu suspek selepas menerima laporan daripada pemilik kedai memaklumkan mengenai kehilangan tayar berkenaan.

“Kejadian dipercayai berlaku di antara Rabu hingga Jumaat lalu sebelum disedari pemilik kedai tayar tersebut.

“Kecurian membabitkan tiga unit tayar terpakai yang dianggarkan bernilai RM500,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Menurut Kamarul Rizal, suspek berusia 20-an dan 30-an itu ditahan dalam serbuan berasingan di sekitar daerah Barat Daya di sini hari ini.

“Hasil tangkapan, polis turut menemui semula tayar yang dicuri berkenaan. Siasatan mendapati kedua-dua suspek mempunyai rekod lampau berkaitan dadah dan jenayah,” katanya lagi.

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI