fbpx

Luahan Pembaca: DNB hapuskan zaman kaut untung telco tamak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SAUDARA PENGARANG,

Internet sudah menjadi keperluan ketiga selain elektrik dan air bagi penduduk Malaysia. Lebih menggembirakan apabila Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia memperkenalkan teknologi 5G yang mampu menangani isu pembinaan menara telekomunikasi.

Pembinaan itu yang mendapat kelulusan segera memberi impak positif dari segi pelaburan syarikat komunikasi (telco) sekali gus mencetuskan limpahan ekonomi kepada pembangunan negeri.

Penubuhan Digital Nasional Berhad (DNB) yang membangunkan prasarana 5G membolehkan pelaksanaan yang adil tanpa untung semata-mata. Seluruh negara akan menikmati kemudahan ini tidak kira di kawasan bandar atau ceruk kampung.

Sudah begitu lama telco memonopoli pembinaan pencawang berasaskan kepada kepadatan penduduk, jumlah pengguna dan nilai keuntungan.

Lebih 10,000 menara 2G, 3G dan 4G di seluruh negara dibina telco sebelum ini dan mengapa di saat negara bergerak ke arah 5G, mereka masih terkial-kial untuk menaik taraf 4G yang jelas tidak selari dengan usaha kerajaan meningkatkan sistem komunikasi.

Usaha DNB ini bakal melupuskan penderitaan penduduk yang selama ini hanya dapat capaian lemah berikutan ketamakan telco yang hanya menumpukan kepada kepadatan pelanggan.

Antara cadangan DNB ialah mengenakan caj kurang daripada 20 sen bagi setiap gigabit (GB) untuk 5G kepada telco dan ia lebih murah berbanding 55 sen untuk setiap GB bagi 4G.

Selain itu, DNB mampu mewujudkan peluang pekerjaan sama rata kepada rakyat Malaysia berbanding telco yang lebih mengutamakan bakat luar atau expatriate.

DR. MOHAMED ZUL FADHLI KHAIRUDDIN
Timbalan Pengarah,
Pusat Pembangunan Mahasiswa,
Universiti Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI