fbpx

Lanjut moratorium, bukan pengeluaran KWSP – Armada

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Ahmad Fayhsal (kanan) ketika menerima penjelasan berhubung kebakaran gereja di Kota Kemuning, Shah Alam daripada seorang ahli jawatankuasa gereja berkenaan. FOTO: ZULFADHLI ZAKI

SHAH ALAM – Lanjutan tempoh moratorium antara langkah terbaik meringankan beban rakyat dan bukannya mengeluarkan caruman RM10,000 daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, beliau bersetuju dengan kerajaan bahawa KWSP bukan penyelesaian yang patut digunakan bagi membantu rakyat ketika ini.

Katanya, Kementerian Kewangan dan Bank Negara perlu mencari jalan di luar kotak selain apa yang dipersoalkan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengenai isu berkenaan.

“Sebagai contoh, moratorium dilihat turut memberi banyak keuntungan kepada pihak bank.

“Justeru, saya bersetuju ia perlu dilanjutkan lagi bagi memberi ruang kepada rakyat untuk ‘bernafas’ semula dan memulihkan ekonomi negara,” katanya ketika ditemui selepas meninjau sebuah gereja yang musnah terbakar di Kota Kemuning di sini, hari ini.

Pada 3 Februari lalu, Pertubuhan Aktivis Rakyat Malaysia (ProRakyat) menyerahkan petisyen yang ditandatangani lebih 100,000 pencarum KWSP kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Petisyen itu mewakili pencarum bagi menuntut pengeluaran tunai RM10,000 secara one-off buat kali terakhir dengan kadar segera di musim pandemik Covid-19 bagi yang mempunyai baki mencukupi dan jumlah yang rasional bagi yang berbaki kurang RM10,000 dalam Akaun 1.

Jelas Wan Ahmad Fayhsal yang juga Timbalan Menteri Perpaduan Negara, instrumen ‘monetary’ atau kewangan lain perlu diutarakan oleh Kementerian Kewangan dan Bank Negara.

“Perkara itu memerlukan penelitian terperinci oleh pihak berkaitan. Pengeluaran caruman KWSP itu sememangnya bukan jalan penyelesaian yang meruncing ketika ini,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, kementeriannya akan menyediakan bantuan khas kepada pengurusan
gereja yang terbakar pada malam 2 Februari lalu.

“Pihak gereja setakat ini masih menunggu laporan penuh siasatan dan anggaran kerugian kebakaran berkenaan.

“Jumlah peruntukkan dan jenis bantuan yang akan disalurkan kementerian akan dimuktamadkan kelak,” katanya. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI