fbpx

KRC bakal tarik pelaburan RM10 bilion, wujudkan 15,000 peluang pekerjaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri (dua dari kanan) melihat replika model KRC pada Majlis Perasmian Projek Strategik NCER - Kedah Rubber City di Ladang Bukit Ketapang dalam daerah Padang Terap hari ini.

KUALA NERANG – Projek berimpak tinggi, Kedah Rubber City (KRC) bakal menarik pelaburan berpotensi bernilai RM10 bilion dan mewujudkan 15,000 peluang pekerjaan menjelang tahun 2025.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, taman perindustrian mesra alam bertaraf dunia itu juga akan memberi pelbagai limpahan manfaat kepada masyarakat setempat.

“Walaupun baru sahaja dilancarkan, KRC sehingga kini telah berjaya menarik pelaburan komited sebanyak RM4 bilion yang bakal menjana hampir 7,000 peluang pekerjaan kepada Keluarga Malaysia,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Projek Strategik NCER – KRC di Ladang Bukit Ketapang dalam daerah Padang Terap hari ini.

Kata beliau, Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) akan bekerjasama dengan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) bagi memaju dan membangunkan masyarakat pekebun kecil getah tempatan.

“Ia berpotensi memberi manfaat kepada 73,642 pekebun kecil di negeri Kedah termasuk 11,190 pekebun kecil dari daerah Padang Terap,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI