fbpx
NEELOFA kongsi detik awal sewaktu hendak bersalin, momen terindah bersama suaminya, Haris dan anak mereka, Bilal.

Sakit bersalin macam senggugut, momen terindah Neelofa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA -Selebriti terkenal, Neelofa menyifatkan tempoh lima hari pertama selepas bersalin sebagai detik terindah bersama suami, Mohammad Haris Ismail sepanjang perkahwinan mereka yang kini baru berusia lebih setahun.

Lebih indah, pemilik nama sebenar Nor Neelofa Mohd Noor itu bersyukur lelaki dengan gelanan PU Riz itu sentiasa ada di sisi menemani melalui saat-saat mencabar.

“Sentiasa ada di sisi. Terima kasih suamiku. Walaupun mencabar lima hari pertama di hospital, tapi itu hari-hari terindah bersama suami sepanjang berkahwin,” tulisnya menerusi satu dalam InstaStorynya.

Genap 10 hari melahirkan anak sulungnya, Muhammad Bilal Muhammad Haris, Neelofa juga terbuka berkongsi momen-momen awal yang dilalui mereka sebelum menyambut kehadiran permata hatinya itu

Selebriti dan usahawan itu berkata, pada awalnya dia menyangka kontraksi pada 29 Januari lalu hanya amaran palsu atau ‘false alarm’ apabila berasa seakan-akan sakit datang bulan yang biasa dilaluinya.

“Masa ini macam tidak percaya dan tidak boleh hadam, betul ke sakit nak beranak kerana macam lebih kurang sakit datang bulan sahaja (period pain).

“Sebab sengugutku sangat ekstrem ya setiap bulan. Haris balik kerja malam itu, terus dia cakap jom kita pergi hospital dan saya seperti… ya ke sayang?

“Kot-kot (kalau) ‘false alarm’. Jadi saya mula rakam setiap kali sakit,” kongsinya mengenai momen bermakna itu menerusi Instagram.

Berkongsi lagi moment tersebut, Neelofa mengakui masih bagai tidak percaya akan bersalin walaupun ketika itu sudah berada di dalam dewan melahirkan.

“Jadi pada jam satu pagi saya sudah terbaring di dewan bersalin. Masih tidak pasti ‘betul ke dah nak beranak (bersalin) ini’.

“Pak Ustaz (suaminya) buat solat sikit sambil menunggu doktor. Masa ini sampai-sampai sudah dua sentimeter (CM),” katanya lagi.

Bekas pengacara Meletop itu turut memaklumkan dalam tempoh berkenaan dia sebenarnya menahan sakit konstraksi lebih daripada lapan jam.

“Teman suami makan pagi. Masa ini sudah lebih lapan jam ‘layan’ kontraksi dan enam jam kemudian… jam 3.44 petang Allah mudahkan segalanya dan Bilal dilahirkan dengan selamat,” luahnya lagi.

Dalam hantaran berlainan, bekas pengacara MeleTOP itu sudah mula berkongsi momen-momen awal anak bersama abah (gelaran untuk PU Riz) tanpa menunjukkan wajah Bilal secara jelas.

Terdahulu, Haris mengumumkan kehadiran anak sulungnya Bilal selepas tiga Neelofa selamat bersalin pada 29 Januari lalu. Pasangan selebriti tersebut diijabkabulkan pada 27 Mac tahun lalu, di sebuah hotel terkemuka di ibu kota. – K! ONLINE

POPULAR