fbpx

Bah tidak jejaskan nilai hartanah, permintaan rumah di Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Juhari (kiri) menukar dokumen MoU dengan Pengarah Projek Strategik Synergy ESCO, Aaron Wong (dua kanan) sambil disaksikan Rodziah (kanan) di Glenmarie Golf and Country Club, Shah Alam, hari ini.

SHAH ALAM- Bah yang berlaku di Selangor pada pertengahan Disember tahun lalu tidak menjejaskan nilai hartanah serta permintaan rumah di negeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Kesejahteraan Bandar dan Pembangunan Usahawan negeri, Rodziah Ismail berkata, ini kerana permintaan membeli rumah di Selangor masih lagi tinggi selepas bencana itu.

“Banjir hanya berlaku dua hari sahaja tapi saya tak rasa sampai menjejaskan nilai hartanah dan permintaan rumah.

“Apapun, saya mengalu-alukan pihak yang membuat kajian berhubung perkara itu boleh berkongsi kajian mereka dengan pihak saya,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri majlis pelancaran rasmi Selangor Intelligent Strata Property System (SISPS) di Glenmarie Golf and Country Club di sini, hari ini.

Pada majlis tersebut, Rodziah bersama Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS), Datuk Dr. Juhari Ahmad mewakili kerajaan Selangor menandatangani dua memorandum persefahaman dengan tiga buah syarikat, Odesi Ecob Sdn. Bhd., Synergy ESCO (Malaysia) Sdn. Bhd. dan Scomi Group Bhd.

Sebelum ini, akhbar tempatan melaporkan nilai hartanah di beberapa kawasan di Lembah Klang seperti di Shah Alam dan Hulu Langat berkemungkinan menurun akibat bencana terbabit. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI