fbpx

Pengantin lega dapat telur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SITI NOR AISYAH menunjukkan bunga telur yang disediakan kepada tetamu pada majlis perkahwinannya di Felda Ulu Jempul di Maran hari ini.

Oleh NORHAFIZAN ZULKIFLI

MARAN – Krisis ketiadaan telur menimbulkan keresahan kepada banyak pihak termasuklah pengantin yang bakal mengadakan kenduri kahwin di negeri ini.

Bagi seorang pengantin di Felda Ulu Jempul di sini, Siti Nor Aisyah Mohd Saad, 28 dia yang pada mulanya berasa gusar selepas mengetahui krisis ketiadaan telur bersyukur kerana mendapat stok telur untuk menyediakan bunga telor buat tetamu.

“Ketika ketiadaan stok telur sebelum ini ibu saya meminta pihak D-Mart di Felda berkenaan menyimpan stok sebaik sahaja bekalan telur terdapat di pasar raya berkenaan.

“Mujur dalam tiga hari lepas pihak D-Mart bagitahu ada stok telur dan sempat saya dapatkan telur untuk diletakkan pada pahar dan diagihkan kepada tetamu,” katanya di sini, hari ini.

Menurutnya, tiga sarang telur yang dibelinya itu dijual dengan harga sekitar RM50 iaitu lebih mahal berbanding harga sebelumnya.

Katanya, telur yang menjadi antara keperluan untuk kegunaan harian penduduk sememangnya amat diperlukan dan pengguna akan membeli walaupun berlaku peningkatan harga.

“Walaupun harga mahal dari biasa, tetapi kami beli juga kerana tanpa telur, tidak lengkap hantaran dan buah tangan untuk tetamu istimewa,”ujarnya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI