fbpx

Kanak-kanak terperangkap dalam perigi di Maghribi hampir diselamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG kanak-kanak lelaki berusia lima tahun bernama Rayan telah terperangkap di dasar perigi sedalam 30.48 meter di utara Maghribi. - AFP

RABAT – Usaha menyelamat seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang terperangkap di dalam sebuah perigi di Maghribi kini masuk hari ketiga selepas empat hari mangsa dilaporkan terperangkap, lapor laman berita Wion News semalam.

Perigi itu terletak di sebuah perkampungan di utara Ighran, dalam wilayah Chefchaouen.

Setakat ini, pasukan penyelamat berjaya menyalurkan saluran oksigen dan air kepada mangsa, Rayan. Mereka juga telah mendapat respons daripada kanak-kanak tersebut. 

“Kami hampir berjaya. Kami bekerja tanpa henti selama tiga hari dan mula berasa letih. Bagaimanapun, pasukan penyelamat masih bertahan,’’ kata ketua operasi, Abdesalam Makoudi.

Tambah Abdesalam, pasukan penyelamat menggali sedalam 28 meter dalam operasi tersebut serta mencipta alat untuk cuba mencapai mangsa.

“Kanak-kanak itu semakin hampir diselamatkan. Kami berdiri teguh bersama keluarga mangsa dan berdoa agar dia dapat diselamatkan dengan segera,’’ jelas jurucakap kerajaan, Mustapha Baitas.

Menurut laporan, insiden itu bermula apabila mangsa dilaporkan hilang ketika bermain.

“Seluruh keluarga keluar untuk mencari Rayan sebelum kami menyedari dia telah jatuh ke dalam perigi. Saya masih menaruh harapan untuk mengeluarkannya hidup-hidup,’’ kata ibu mangsa.

Menurut laporan media tempatan, pasukan perubatan telah bersiap sedia di lokasi kejadian untuk memeriksa keadaan mangsa sebaik sahaja dia diselamatkan. Pihak berkuasa turut menyediakan helikopter untuk membawa kanak-kanak itu ke hospital. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI