fbpx

Aliff Syukri vs Salih Ucan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALIFF tidak terasa hati apabila diusik netizen kerana memiliki wajah hampir sama dengan Salih Ucan.

DATUK Aliff Syukri sekali lagi menjadi bahan bualan netizen tanah air apabila wajahnya disamakan dengan pemain bola sepak Turki, Salih Ucan.

Menurut netizen, wajah mereka memang saling tidak tumpah dengan bentuk muka, hidung dan mulut yang sangat mirip.

Salih merupakan pemain posisi tengah dan baru sahaja berpindah ke kelab Istanbul Basaksehir secara pinjaman dari Besiktas.

Menganggapnya sebagai satu gurauan, Aliff mengakui tidak kisah dijadikan bahan jenaka netizen.

“Sejak dua tiga hari ini, ramai yang mesej katanya muka saya sama dengan Salih. Hebat netizen Malaysia jika memberi komen tapi jangan risau saya tidak kisah dibahan.

“Saya faham anda semua stres dan perlukan hiburan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI